Latar belakang Sazali Samad

Anak kelahiran Batu Pahat ini, merupakan seorang polis yang berpangkat sub inspektor. Hari terakhir Sazali sebagai anggota polis pada 30hb September 2016. [3] Dalam tahun yang sama, selepas persaraan, Sazali telah menubuhkan Akademi Sazali Samad terletak di i-Tech Tower, Shaftsbury, Cyberjaya, Selangor, bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam dunia sukan bina badan. Akademi ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. [4]

Sazali mempunyai tiga orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.[5] Dalam tahun 2007, Sazali mula menjadi jurulatih bagi Malaysia bagi persiapan atlet bina badan Malaysia untuk Sukan SEA di Korat. Antara atlet di bawah latihan Sazali ialah Tun Jahafar Abdul Rahim, Mohd Salim Mat Salleh dan Buda Anchah.

Rujukan

WikiPedia: Sazali Samad http://www.astroawani.com/berita-sukan/akademi-saz... http://www.astroawani.com/berita-sukan/sazali-sama... http://www.stadiumastro.com/sports/others/article/... http://www.stadiumastro.com/sukan/sukan-lain/artik... http://terbakor.com/2014/12/11/sazali-samad-menang... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&d... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&d... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://www.mstar.com.my/sukan/sukan-ekstra/2014/04... http://www.sinarharian.com.my/personaliti/sazali-f...